Pagi tadi ummi pi SMKAK. Ummi dah telefon cikgu Rozita, cikgu kelas aina dan jumpa dia di bilik matematik. Cikgu dah bacakan satu persatu yuran dan antaranya dobi, rm70. Jumlah semuanya rm195.00.
Ummi sembang-sembang sikit tanya cikgu, macam mana aina kat sekolah... ummi bagitau cikgu, ummi tengok aina nampak macam stress... dan tak boleh tumpu perhatian pada matematik. Ummi bagitau cikgu, mungkin dia stress dengan ustazah yang ajar hafazan. Cikgu tunjukkan keputusan peperiksaan yang baru sampai kat meja cikgu tu... ummi tengok, subjek lain ok, A & B. tapi matematik dapat 75, C. Ummi minta cikgu tolong nasihat dan tengok-tengok kan aina. Lama juga ummi sembang dengan cikgu. Banyak hal juga cikgu nak cerita. Dah selesai, ummi pun keluar. Abah dah lama tunggu. Tadi abah mai hantar saja. Abah pi hantar baju di rumah chik hana.
Kemudian ummi & abah balik dan singgah sat kat Pak long, dia duk tunggu kat tempat parking depan mahkamah dekat pejabat dia. Abah nak bagi dokumen kat paklong. Lama juga abah dok sembang dengan paklong. Ummi tunggu dalam kereta ja. Kemudian kami pun balik, nak nak pi meniaga pula.
Isnin, 14 April 2014
Sabtu, 12 April 2014
Sabtu yang sibuk
Hari ni ummi nak buat ikan bakar sumbat sambal nyok. Abah beli ikan cencaru, saiz sedang sehingga sembilan ekor! amboi, banyaknya abah... tapi ummi buat cuma untuk enam ekor aja.. itupun dah cukup, sorang sekor pun dah larat nak makan.
Tapi sebelum bakar ikan, ummi buat kek minyak dulu. Anak-anak nak bawa bekal balik asrama nanti. Dah siap adun, ummi masukkan ke dalam oven. Ummi dah set masa 50 minit tadi. Ok, siap. Ummi pi basuh semua kelengkapan yang digunakan tadi, siap. Tapi hari ni, agak kelam kabut. Hari ni, tetamu mai rumah nak ambil baju silat. Tengahari tu, dah mai satu keluarga, dah selesai.
Oven dah 'ting'. Ummi pi tengok, aik?? apa pasai adunan tak naik? duk cair lagi? Laa... rupa-rupanya, plug tadi rosak kot, ummi tukar ke plug yang lain dan set masa semula.
Duk tengah masak, mai pulak satu keluarga lagi. Lama juga la dok melayan... selesai, dah balik. Tengok jam, alamak, dah 2.30 petang. Dah lewat waktu makan hari ni.... kakak dah tolong ummi banyak hal dah, alhamdulillah. Setelah selesai hidang, kami pun makan nasi dengan ikan cencaru sumbat tadi. Hanya empat ekor aja bakar, dua lagi ummi goreng- nak cepatkan masa memasak. Tok pula mai hantar kerabu daging dengan tauge. Ada lagi... daging bakar dan air asam. Alhamdulillah, rezeki anak-anak.
Selepas selesai makan dan duk tengan mengemas dan membasuh, ada lagi sorang budak silat mai cuba saiz baju, sesuai dengan saiz, dia pun ambil, selesai. Alhamdulillah.
Kek dah masak, tapi garing sikit dan melekat kat loyang pula! aduh... dah berkali-kali ummi duk buat kek minyak ni, elok aja kejadiannya. Apasal pada hari yang kelam kabut ni jadi macam ni ? Ummi telangkupkan loyang, cuba keluarkan kek, tapi dia tak mau keluar!! ummi ketuk-ketuk, tak jatuh juga. Ummi kalih semula loyang dan sisip tepi loyang dengan pisau plastik. Ummi cuba terbalikkan sekali lagi, tapi kek tetap tak mau keluar juga! Akhirnya, ummi terus potong kek dengan pisau plastik kat dalam loyang tu... ooh! rupanya dasar kek dah berkerak! patutlah kek tak mau keluar.
Rupa dan tekstur kek pun dah tak macam selalu.... banyak udara dan kering tapi rasa boleh tahan. Tapi ummi tak puas hati. Ummi dah tak ada masa lagi nak buat kek semula. Ummi macam tak mau bagi anak-anak bawa pi sekolah tapi depa kata tak pa... depa nak bawa juga. Kawan depa ramai. Walaupun sedikit terkilan, tapi ummi tetap potong-potongkan kek dan masukkan ke dalam bekas untuk anak-anak. Ummi janji, tak apalah, nanti ummi buat lain, ummi pi hantar kat sekolah.
Dah siap semua, lewat... memang lewat, dah pukul 5.00 petang. Sepatutnya, pukul 4 tadi dah kena keluar dari rumah. Undang-undang sekolah kakak, agak ketat. Pelajar perlu masuk sebelum pukul 6 petang. Jadi, abah terus 'pecut' ke sekolah kakak. Alhamdulillah, sempat sampai. Itu pun dah 5.45 petang. Kemudian terus 'pecut' ke sekolah aina pula. 6.45 sampai. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.
Kemudian, ummi dan abah terus balik rumah aja. Penat dan sakit kepala. Laju abah bawa kereta tadi.
Sampai rumah pun, masih cerah lagi tapi dah hampir maghrib, Alhamdulillah.

Jumaat, 11 April 2014
Beli cadar baru
Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW.
Diari Anak-anak Ummi
Segalanya catatan khas tentang anak-anak solehah ummi.
Semoga menjadi kenangan...
*************
*************
Minggu ni, minggu balik kampung.
Kakak dah balik pada hari rabu. Abah pi mesyuarat agung di sekolah kakak.
Selepas mesyuarat, semua pelajar boleh ikut waris balik kampung.
Sekolah kakak cuti pada hari khamis, cuti peristiwa.
Aina pula balik macam biasa, petang khamis.
Malam tadi (malam jumaat),
Ummi bawa kakak ke Aneka. Dah lama ummi berhasrat nak belikan cadar baru untuk anak-anak. Ummi beri peluang kakak memilih. Kakak pilih ajalah, mana-mana yang kakak suka.
Buntu juga anak sorang ni nak pilih yang mana.. akhirnya, setelah puas memilih itu dan ini, kakak pilih satu set cadar beserta dengan comforter bercorak ringkas.
Ummi ikut aja... yang mana pun, asalkan kakak berkenan dan suka.
Cadar ni dapat diskaun agak tinggi, mungkin stok lama tapi anak-anak tak kisah, asal dapat yang baru dah cukup menggembirakan hati, kan? Ummi bayarkan aja. Harga selepas diskaun cuma Rm 133.80. Selepas beli, ummi dan kakak terus balik rumah.
Ummi pun dah tak sabar tengok kakak pasangkan cadar baru ni..
Ummi sebenarnya sangat suka, bila dapat buat sesuatu yang menggembirakan
hati anak-anak. Sungguhlah bahagia perasaan seorang ibu..
Hari ni, Jumaat.
Hari ni ummi masak masakan kegemaran anak-anak.
Rendang ayam dan acar timun campur nenas. Makan dengan nasi putih yang dimasak dengan oat.
Sungguh berselera... Ummi juga pastikan, setiap sorang dapat satu ketul paha ayam- bahagian yang paling anak-anak suka makan! Kadang-kadang, disebabkan paha ayam ni, boleh berebut budak dua orang tu... yang selalu peningkan kepala ummi dan abah. Kakak tak apa... kakak anak yang paling 'cool' , sanggup sabar dan mengalah dengan adik yang dua lagi tu.
Selepas dapat sorang satu dengan 'adil' baru boleh makan dengan amann.......... sekali.
Sebenarnya, sangatlah nikmat dan berselera ummi dan abah dapat makan bersama-sama dengan semua anak-anak, walaupun riuh rendah. Hari minggu macam ni lah, baru dapat makan satu keluarga bersama-sama, terutama hari jumaat, hari yang paling mulia dalam Islam.
Anak-anak ni memang suka sangat dengan rendang ayam ni. Depa asyik dok ulang makan, lepas sorang, sorang.... jadi ummi memang pastikan yang ummi memang masak lebih, supaya anak-anak dapat makan dengan puas. Alhamdulillah.

Langgan:
Catatan (Atom)