Jumaat, 11 April 2014

Beli cadar baru

Bismillahirrahmanirrahim
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia kita Nabi Muhammad SAW.

Diari Anak-anak Ummi

Segalanya catatan khas tentang anak-anak solehah ummi.
Semoga menjadi kenangan...


*************

Minggu ni, minggu balik kampung.
Kakak dah balik pada hari rabu. Abah pi mesyuarat agung di sekolah kakak. 
Selepas mesyuarat, semua pelajar boleh ikut waris balik kampung.
Sekolah kakak cuti pada hari khamis, cuti peristiwa.
Aina pula balik macam biasa, petang khamis.


Malam tadi (malam jumaat),
Ummi bawa kakak ke Aneka. Dah lama ummi berhasrat nak belikan cadar baru untuk anak-anak. Ummi beri peluang kakak memilih. Kakak pilih ajalah, mana-mana yang kakak suka.
Buntu juga anak sorang ni nak pilih yang mana..  akhirnya, setelah puas memilih itu dan ini, kakak pilih satu set cadar beserta dengan comforter bercorak ringkas.
Ummi ikut aja... yang mana pun, asalkan kakak berkenan dan suka.

Cadar ni dapat diskaun agak tinggi, mungkin stok lama tapi anak-anak tak kisah, asal dapat yang baru dah cukup menggembirakan hati, kan? Ummi bayarkan aja. Harga selepas diskaun cuma Rm 133.80. Selepas beli, ummi dan kakak terus balik rumah.
Ummi pun dah tak sabar tengok kakak pasangkan cadar baru ni..

Ummi sebenarnya sangat suka, bila dapat buat sesuatu yang menggembirakan
hati anak-anak. Sungguhlah bahagia perasaan seorang ibu..

Hari ni, Jumaat.
Hari ni ummi masak masakan kegemaran anak-anak.
Rendang ayam dan acar timun campur nenas. Makan dengan nasi putih yang dimasak dengan oat.
Sungguh berselera... Ummi juga pastikan, setiap sorang dapat satu ketul paha ayam- bahagian yang paling anak-anak suka makan! Kadang-kadang, disebabkan paha ayam ni, boleh berebut budak dua orang tu... yang selalu peningkan kepala ummi dan abah. Kakak tak apa... kakak anak yang paling 'cool' , sanggup sabar dan mengalah dengan adik yang dua lagi tu.  
Selepas dapat sorang satu dengan 'adil' baru boleh makan dengan amann.......... sekali.

Sebenarnya, sangatlah nikmat dan berselera ummi dan abah dapat makan bersama-sama dengan semua anak-anak, walaupun riuh rendah. Hari minggu macam ni lah, baru dapat makan satu keluarga bersama-sama, terutama hari jumaat, hari yang paling mulia dalam Islam.
Anak-anak ni memang suka sangat dengan rendang ayam ni. Depa asyik dok ulang makan, lepas sorang, sorang.... jadi ummi memang pastikan yang ummi memang masak lebih, supaya anak-anak dapat makan dengan puas. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan