Tapi sebelum bakar ikan, ummi buat kek minyak dulu. Anak-anak nak bawa bekal balik asrama nanti. Dah siap adun, ummi masukkan ke dalam oven. Ummi dah set masa 50 minit tadi. Ok, siap. Ummi pi basuh semua kelengkapan yang digunakan tadi, siap. Tapi hari ni, agak kelam kabut. Hari ni, tetamu mai rumah nak ambil baju silat. Tengahari tu, dah mai satu keluarga, dah selesai.
Oven dah 'ting'. Ummi pi tengok, aik?? apa pasai adunan tak naik? duk cair lagi? Laa... rupa-rupanya, plug tadi rosak kot, ummi tukar ke plug yang lain dan set masa semula.
Duk tengah masak, mai pulak satu keluarga lagi. Lama juga la dok melayan... selesai, dah balik. Tengok jam, alamak, dah 2.30 petang. Dah lewat waktu makan hari ni.... kakak dah tolong ummi banyak hal dah, alhamdulillah. Setelah selesai hidang, kami pun makan nasi dengan ikan cencaru sumbat tadi. Hanya empat ekor aja bakar, dua lagi ummi goreng- nak cepatkan masa memasak. Tok pula mai hantar kerabu daging dengan tauge. Ada lagi... daging bakar dan air asam. Alhamdulillah, rezeki anak-anak.
Selepas selesai makan dan duk tengan mengemas dan membasuh, ada lagi sorang budak silat mai cuba saiz baju, sesuai dengan saiz, dia pun ambil, selesai. Alhamdulillah.
Kek dah masak, tapi garing sikit dan melekat kat loyang pula! aduh... dah berkali-kali ummi duk buat kek minyak ni, elok aja kejadiannya. Apasal pada hari yang kelam kabut ni jadi macam ni ? Ummi telangkupkan loyang, cuba keluarkan kek, tapi dia tak mau keluar!! ummi ketuk-ketuk, tak jatuh juga. Ummi kalih semula loyang dan sisip tepi loyang dengan pisau plastik. Ummi cuba terbalikkan sekali lagi, tapi kek tetap tak mau keluar juga! Akhirnya, ummi terus potong kek dengan pisau plastik kat dalam loyang tu... ooh! rupanya dasar kek dah berkerak! patutlah kek tak mau keluar.
Rupa dan tekstur kek pun dah tak macam selalu.... banyak udara dan kering tapi rasa boleh tahan. Tapi ummi tak puas hati. Ummi dah tak ada masa lagi nak buat kek semula. Ummi macam tak mau bagi anak-anak bawa pi sekolah tapi depa kata tak pa... depa nak bawa juga. Kawan depa ramai. Walaupun sedikit terkilan, tapi ummi tetap potong-potongkan kek dan masukkan ke dalam bekas untuk anak-anak. Ummi janji, tak apalah, nanti ummi buat lain, ummi pi hantar kat sekolah.
Dah siap semua, lewat... memang lewat, dah pukul 5.00 petang. Sepatutnya, pukul 4 tadi dah kena keluar dari rumah. Undang-undang sekolah kakak, agak ketat. Pelajar perlu masuk sebelum pukul 6 petang. Jadi, abah terus 'pecut' ke sekolah kakak. Alhamdulillah, sempat sampai. Itu pun dah 5.45 petang. Kemudian terus 'pecut' ke sekolah aina pula. 6.45 sampai. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.
Kemudian, ummi dan abah terus balik rumah aja. Penat dan sakit kepala. Laju abah bawa kereta tadi.
Sampai rumah pun, masih cerah lagi tapi dah hampir maghrib, Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan